Tuesday, 5 March 2013

Mandi malam..Bahaya atau tidak?


Baca penjelasan di bawah mengenai kes mandi malam.  
Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.


Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.


Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??

Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.    

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.    
Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? “.. 
Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya “. Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa! “. Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu.    
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. 

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus epal atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. 

Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. 

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.


Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

    

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. 

Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom “kalah sejuk” iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.    

Dengan ini dirumuskan bahawa:-

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru

Faedah Bersukan? Apa Ya?

Kita sering diberitahu bahawa sukan itu adalah penting. Namun, apakah definasi bersukan? Menurut kamus Edisi Ketiga, sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan atau dilakukan secara hiburan. Contohnya, sekarang, acara yang paling gemuruh, Olimpik, telah menarik perhatian ramai orang untuk menonton pelbagai sukan yang diuruskan. Antaranya, berenang, lompat tinggi, badminton, tenis meja, bola dan lain-lain lagi.




Sukan memang banyak faedahnya. Faedahnya yang pertama ialah bersukan dapat menyihatkan badan seperti yang dikatakan pada definasinya. Apabila kami mengeluarkan segala tenaga kami bermain sesuatu jenis sukan, badan kami berpeluh. 

Apabila, kami berpeluh, kami sebenarnya mengeluarkan toxin-toxin lalu membersihkan badan. Dengan proses pembersihan ini, badan kami akan rasa lebih segar. Badan orang sering bersukan pun banyak berotot dan tegap. Jika kami sering bersukan, kami tidak akan jatuh sakit semudah orang yang tidak bersukan dan gemar memakan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu masin.


Faedah kedua bersukan ialah ia membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik. Kerana mereka sentiasa terpaksa memikirkan strategi untuk permainan, mereka dapat bekerja dalam sesuatu kumpulan. 

Lagipun, lama-kelamaan, semua ahli pasukan akan merasa bahawa pasukan mereka seperti sebuah keluarga. Misalnya, jika mereka kalah dalam satu permainan, mereka akan menghiburkan hati satu sama lain dan mereka semua sentiasa menggalakkan satu sama lain untuk bermain dengan sepenuh hati dan bermain dengan sebaik mungkin.


Akhirnya, faedah yang ketiga ialah bersukan mejaminkan jalan kehidupan yang sihat. Bersukan dapat mengurangkan berat badan seseorang dan risikonya menjadi gemuk dan menangkap pelbagai jenis kesakitan kerana gemuk akan berkurangan. 

Bersukan pun menyegerakan otak dan minda supaya dapat berfikir dengan jelas dan kami dapat menimbang dan berfokus dengan lebih mahir. Pengkajian pun menunjukkan bahawa bersukan dapat menolong melawan kemurungan dan perasaan terlalu khuatir.


Berdasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan, kami dapat berpendapat bahawa sukan menyihatkan badan, membina sebuah pasukan dan menjamin jalan kehidupan sihat. Dengan ini, terbukti lah bahawa bersukan memang banyak faedahnya. Kami sepatutnya menggalakkan keluarga, teman-teman, jiran-jiran dan sesiapa lagi dan ingin dengar untuk rajin bersukan. Tentu dunia ini akan menjadi lebih sihat.

Bak kata pepatah Arab, maksudnya : "minda yang cerdas pada badan yang cergas" Wink

Fakta Tentang Air Sejuk Dan Ais Yang Jarang Diketahui



Ini ada serba sedikit info atau fakta tentang air sejuk dan ais yang jarang diketahui orang ramai.. Dipetik dari facebook.. check it out~


- Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendekapatah lagi jangka panjang.

- Liputan ais di Antartika ( daerah Kutub Selatan) dan Artik ( daerah Kutub Utara ) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

- Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya .

- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

- Ais amat diperlukan mana – mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka – sangka.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut
seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan .

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam .

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

- Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang
menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

- Makruh mengambil air sembahyang ( wuduk ) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit .
- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat .

- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

- Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi .

- Air sejuk akan meningkatkan sistem imunyang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan .

- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

- Mandi air sejuk akan menguatkan tulang . Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

- Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

- Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

- Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

- Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut .

Awas! Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu artikel yang agak penting yang harus diketahui oleh semua orang iaitu berkaitan bahaya jika tidur menghadap kipas angin yang dihidupkan..


Nak tahu kenapa? sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipasangin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipasangin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun. Kerana itu, kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat.
p/s: susah juga kan kalau da terbiasa..tetapi cubalah perlahan-lahan. :)

Awas! Kesan Buruk Duduk Atas Dompet



Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang..

Awas! Kesan Buruk Duduk Atas Dompet

Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.
Awas! Kesan Buruk Duduk Atas Dompet

Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda :)

Awas ! Kurang Tidur Boleh Membahayakan Jantung



Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.
Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.
“Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok,” kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.
“Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini,” beliau menambah.
Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang “tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti.”
Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.
Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.
“Tetapi dengan berbuat demikian” kata Dr. Cappuccio, “kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung.”
Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.
P/s : Sayangi jantung anda

Salam buat semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 1 Malaysia juga. blog ini dibina untuk berkongsi tentang kesihatan dan keselamatan yang kadang-kadang kita samada sedar dan tidak sedar boleh menggugat nyawa kita. Disamping itu blog ini dapat dijadikan rujukan bagi matapelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah. Semoga blog ini dapat membantu guru, pelajar dan pembaca serta orang tersayang. Salam mesra dan selamat membaca.Jangan lupa komen dan follow blog ok. :)

Awas! Bahaya Minuman 3 Dalam 1 Yang Tidak Diketahui Umum



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga. Ha, mesti ramai yang tidak tahu tentang hal ini.Jadi marilah baca dan kongsi bersama orang tersayang..
Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.
“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.
Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.
Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara factor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitunantara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.
Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.
Info Kandungan minuman 3-in-1:
- Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
- Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
- Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
- Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
- Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
- Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
- Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.
Sumber:
- Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
- Akhbar kosmo!

4 Perkara Untuk Sihat



Dalam hidup kita, banyak perkara yang kita tak tahu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.. ni ada beberapa tips untuk mengekalkan kesihatan badan..antaranya..

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

P/s : sama-samalah kita amalkan :)

Jom rehat-rehat dan baca::

Pelajar Yang Sanggup Berkorban Untuk Gurunya

Di alam persekolahan, selalunya cikgu la yang selalu berkorban untuk pelajarnya, sebagai contoh guru sanggup mengadakan kelas tambahan di luar waktu persekolahan dan membelikan buku rujukan kepada pelajar yang kurang berkemampuan tapi zaman sekarang ni dah lain, pelajar pula yang sanggup berkorban untuk gurunya? (kononnya) haa, macam mana tu? baca ni..
http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_25944.gif?153377364

Pelajar sengaja mewarnakan rambut
- Saja nak test cikgu ada tak buta warna.

Simpan rambut panjang
- Tunjukkan kat cikgu pelajar sekolah pun ada yang hensem macam hero korea.

Marah cikgu
- Nak cikgu tahu kadangkala cikgu pun ada salahnya

Meniru dalam peperiksaan
- Untuk menyenangkan kerja cikgu tanda semua kertas jawapan.

Conteng meja atau dinding sekolah
- Memupuk bakat kesenian.

Bergaduh
- Menegak kan keadilan.

Tak siap kerja sekolah
- Hanya ingin menguji kesabaran cikgu.

Bergosip masa cikgu tengah mengajar
- Menceriakan kelas serta menguji tahap kesabaran cikgu.

Menyanyi di dalam kelas
- Untuk menghiburkan cikgu

Tidur dalam kelas
- Memudahkan cikgu mengajar tanpa gangguan.

Ponteng kelas
- Nak tengok ada tak kes pergaduhan atau masalah buli yang berlaku.

Ponteng sekolah
- Cuma nak meringankan beban cikgu.

Berhenti sekolah
- Memang terbukti dapat membuatkan cikgu bertambah gembira dan bersyukur

P/s: hahaha. hanya gurauan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup dan yang mati. Walaubagaimanapun, apabila dah bekerja, sekolah la tempat yang paling dirindui.. percayalah~

10 Kesilapan Paling Besar Untuk Berdiet


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya ramai yang ingin berdiet untuk mendapatkan berat badan yang unggul tetapi sering kali GAGAL. Ini kerana mereka berdiet tetapi melakukan banyak kesilapan paling besar untuk berdiet. Kesilapan berikut TIDAK akan membantu mereka kurangkan berat badan. Berikut disenaraikan 10 kesilapan paling besar untuk berdiet yang dikongsikan oleh Kevin Zahri iaitu seorang pelatih peribadi dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia kesihatan dan kecergasan..

1. Skip hidangan
- Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.
2. Cuma makan 3 hidangan sehari
- 3 Hidangan TAK cukup untuk mengawal nafsu makan dan meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
3. Makan tak cukup
- Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
4. Elak nasi
- Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
5. Ikut diet membuta
- Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
6. Harapkan makanan tambahan
- Herbalife anyone? Tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.
7. Tak tahu keperluan kalori diri
- Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
8. Elak makanan tempatan 
- Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
9. Terlalu fokus kepada satu perkara
- Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
10. Diet jangka masa pendek
- Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.
P/s: Jadi yang nak berdiet tu pastikan jangan membuat kesilapan seperti ini lagi ye.. Semoga berjaya :)

Lanjutan::Amalan kebersihan diri dan makanan


Ini adalah lanjutan amalan kenersihan diri dan makanan.di harap semua dapat menjaga kebersihan selepas ini ya. Selamat membaca!
Pakaian
Pakai pakaian yang sempurna dan bersih. Gunakan pakaian pelindung (apron), sarung tangan (jika perlu) dan penutup kepala. Pastikan apron, penutup kepala dan sarung tangan adalah bersih dan dipakai dengan betul.
Rambut
Rambut mengandungi pelbagai jenis kuman. Oleh itu rambut harus bersih, diikat dan ditutup semasa mengendalikan makanan. Jangan menyikat rambut semasa berada di tempahpenyediaan makanan.
Pakai penutup kepala dan jangan sentuh atau sikat rambut dalam kawasan penyediaan dan semasa menghidang makanan.
Janggut dan misai hendaklah dijaga rapi.
Amalkan tabiat kebersihan diri yang betul. Jangan menyentuh kulit khasnya mulut, hidung dan telinga. Jangan meludah, mengunyah, makan, merokok atau mengorek hidung.

Mulut, Hidung dan Telinga

Staphylococcus aureus biasanya didapati hadir dalam mulut, hidung dan telinga. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan boleh mencemarkan makanan sekiranya:
1.    Batuk semasa mengendalikan makanan.
2.     Merasa makanan dengan jari.
3.    Mengorek hidung semasa menyediakan makanan.
4.    Meludah merata-rata.
5.    Merokok.
6.    Makan semasa menyediakan makanan.

Amalan kebersihan diri dan makanan

Amalan kebersihan yang perlu di amalkan semasa mengendali makanan;
  • Basuh tangan sebelum dan selepas mengendali makanan. Basuhlah tangan dengan sabun selalu.
  • Tangan adalah anggota badan yang kerap bersentuh dengan makanan. 
  • Oleh itu, ia perlu dibersihkan setiap kali sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan makanan atau selepas:

  1. Ke tandas.
  2. Menyentuh muka terutamanya hidung, mulut atau telinga.
  3. Mengendalikan makanan mentah.
  4. Mengendalikan sampah sarap.
  5. Rehat atau setiap kali kembali ke tempat penyediaan.
  6. Membersih dan disinfeksi tempat kerja.

    Semua tempat penyediaan makanan harus mempunyai sinki khas untuk membasuh tangan dan dibekalkan dengan sabun, air paip dan tisu yang bersih. (Penggunaan sabun cecair amat digalakkan kerana mungkin sabun buku mengandungi kuman daripada penggunaan sebelumnya).
Amalkan 7 langkah membasuh tangan yang betul:
1   )     Basuh tangan dengan sabun secukupnya.
2   )     Gosok tapak tangan.
3   )     Gosok setiap jari dan celah jari.
4   )     Gosok kuku di tapak tangan.
5   )     Gosok belakang tangan.
6   )     Basuh dengan air bersih secukupnya.
7   )     Keringkan tangan dengan kain bersih.


Lanjutan::Bahaya tidur sambil dengar muzik


Tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat. Tidur adalah suatu nikmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada makhlukNya untuk mendapatkan rehat bagi tubuh badan.
Kebiasaan tidur sambil mendengarkan muzik, atau menonton televisyen sampai tertidur, atau membiarkan lampu di ruangan menyala terang, memang sukar untuk di halang dan menurut sebahagian orang keadaan seperti itu membuat mereka menjadi lebih cepat tertidur.
Kalau kalian ingin tahu akan kenyataannya setelah terbangun kalian akan merasa lebih tertekan (stress). Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman. Senang kata tidur tak puas dan tak lena.

Ketahui lagi apa yang terfakta sewaktu kita tidur
Sewaktu kita tidur sebenarnya kalau kalian ingin tahu, otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinya walaupun tidak sesibuk seperti waktu kira berjaga, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh.
Pada malam hari, seiring menurunnya aktiviti tubuh, rentak gelombang otak pun mengalami penurunan.
Namun apabila kita tidur sambil mendengarkan muzik, televisyen dalam keadaan hidup atau lampu sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh pancaindera pendengaran dan penglihatan kita.
Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata .
Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehat akan kembali terangsang untuk bekerja dan mengubah informasi yang masuk.
Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bermakana kita hanya tidur menurut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak.
Otak akan terus bekerja mengolah informasi yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak Anda keletihan kerana harus tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak jugak akan digunakan sepenuhnya melakukan kerja seharian.
Penelitian Ohio State University membuat pembongkaran di mana, tidur dgn lampu menyala akan membuat perasaan tidak tenang atau resah sewaktu dari bangun tidur.

P/s : macam mana bagi yang dah terbiasa ek? slow-slow la kan tukar habit..heee -_-