Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya ramai yang ingin berdiet untuk mendapatkan berat badan yang unggul tetapi sering kali GAGAL. Ini kerana mereka berdiet tetapi melakukan banyak kesilapan paling besar untuk berdiet. Kesilapan berikut TIDAK akan membantu mereka kurangkan berat badan. Berikut disenaraikan 10 kesilapan paling besar untuk berdiet yang dikongsikan oleh Kevin Zahri iaitu seorang pelatih peribadi dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia kesihatan dan kecergasan..
1. Skip hidangan
- Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.

2. Cuma makan 3 hidangan sehari
- 3 Hidangan TAK cukup untuk mengawal nafsu makan dan meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.

3. Makan tak cukup
- Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

4. Elak nasi
- Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. Ikut diet membuta
- Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.

6. Harapkan makanan tambahan
- Herbalife anyone? Tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.

7. Tak tahu keperluan kalori diri
- Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.

8. Elak makanan tempatan
- Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara
- Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

10. Diet jangka masa pendek
- Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

P/s: Jadi yang nak berdiet tu pastikan jangan membuat kesilapan seperti ini lagi ye.. Semoga berjaya :)
No comments:
Post a Comment