Wednesday 27 February 2013

Bahaya tidur sambil mendengar muzik



info!!Bahaya tidur sambil dengar muzik dan menyalakan tv




Tidur merupakan keperluan alami manusia. Dengan tidur yang berkualiti, metabolisme tubuh ditata kembali. Kita juga mempunyai kesempatan untuk melakukan regenerasi / mengganti sel-sel tubuh yang mati.

Nah tahukah anda, bagaimana cara mendapatkan tidur yang baik dan berkualiti? Salah satu caranya adalah dengan memadamkan lampu di waktu tidur normal (9 malam hingga 8 pagi) demi mendapatkan hormon melatonin secara maksimum.
Hormon Melatonin

Adalah bahan yang dihasilkan oleh kelenjar pineal dalam otak yang pembentukannya dipicu oleh gelap dan berfungsi mengatur bioritme atau irama tubuh dalam hal tatacara tidur.Kadarnya paling tinggi dijumpai menjelang pagi hari sekitar jam 02.00 - 04.00 dan paling rendah di sore hari. Ini juga menjawab kenapa orang semakin bertambah usia semakin sedikit tidurnya, kerana secara semulajadi, pengeluaran hormon melatonin ini juga akan mengalami penurunan, selaras dengan pertambahan usia manusia.Penurunan yang drastik biasanya berlaku sekitar usia 40 tahun sehingga dengan penurunan hormon ini maka tidurpun akan menurun dan sering memberi kesan pada kesulitan tidur.

Manfaat lain melatonin adalah sebagai anti oksidan yang larut dalam lemak dan air, meningkatkan imun tubuh menimbulkan relaksasi otot dan membantu meningkatkan mood dan menghilangkan ketegangan. Jadi sebaiknya kalau tidur lampu dimatikan agar dapat memaksimumkan pengeluaran melatonin.Memang, ada sebahagian orang yang merasa tidak selesa, atau bahkan tidak dapat tidur pada keadaan gelap. Namun jika melihat manfaat atau kesannya, hal ini perlu diperhatikan juga. Antara lain dengan tidak tidur di bawah pencahayaan langsung (dari lampu bilik), terutama bagi anak-anak yang masih dalam masa pertumbuhan.

Matikan Televisyen dan Muzik

Kebiasaan tidur sambil mendengar muzik, atau menonton televisyen sampai tertidur, atau membiarkan lampu di bilik menyala terang, memang sukar dihilangkan dan menurut sebahagian orang keadaan seperti itu membuat mereka menjadi lebih cepat tertidur.Tetapi pada kenyataannya setelah terbangun mereka merasa lebih tegang (stress). Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman.

Penjelasannya:

Pada saat kita tidur sebenarnya otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinya walaupun tidak sesibuk seperti di saat bangun, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh.Pada malam hari, seiring menurunnya aktiviti tubuh, ritme gelombang otak pun mengalami penurunan. Namun apabila kita tidur sambil mendengar muzik, televisyen dalam keadaan hidup atau lampu bilik sedang menyala terang, maka gelombang bunyi atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh indera pendengaran dan penglihatan kita.

Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembusi kelopak mata dan diterima oleh retina dan kanta mata. Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehat akan kembali terangsang untuk bekerja dan memproses maklumat yang masuk.

Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bererti kita hanya tidur mengikut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak. Otak akan terus bekerja memproses maklumat yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak anda keletihan kerana tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak juga akan diperah oleh kegiatan rutin kita.

source : Bahaya Tidur sambil Mendengarkan Music 

Bahaya makanan ringan


Kesan makanan ringan:
SnackFood Kesan Makanan Ringan
Makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang khasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.” (Surah Al-Baqarah ayat 172) Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan…” (Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

Pelbagai Makanan Ringan
Kek Makanan ringan sedap tetapi banyak mudarat dan kuih-muih mengandungi kadar gula yang tinggi dan kadar vitamin serta zat-zat logam yang amat rendah. Minuman jenis cola juga mengandungi lebihan gula dan kadangkala ia dicampurkan dengan sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan, iaitu kafeina. Ais krim pula mengandungi banyak gula dan lemak.
Minuman jus buah-buahan yang dijual di dalam botol kebanyakannya tidak mengandungi jus buah-buahan asli, sebaliknya mengandungi banyak gula, air, bahan pewarna dan perisa tiruan. Kentang goreng atau potato chips pula mengandungi kadar lemak dan garam yang tinggi yang memudaratkan
 ke 02.1 Kesan Makanan Ringan

Makanan Ringan Dan Darah Tinggi
Makanan ringan amat berbahaya kepada kesihatan apatah lagi apabila ia diambil selalu. Pengkaji-pengkaji dari Pusat Pendidikan Pacific Health di Bakersfield California, dan Prevention Concepts, Inc. di Los Angeles, pernah menjalankan satu kajian yang melibatkan 200 pelajar sekolah dan mendapati lapan daripada sepuluh pelajar-pelajar itu mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan. Ujian makmal menunjukkan, satu pertiga daripada mereka Makanan ringan boleh menyebabkan darah tinggimengandungi kadar kolesterol di dalam darah yang tinggi dan 10% daripada mereka menghidap penyakit darah tinggi.
Kajian ini jelas menunjukkan lebihan lemak tepu yang terdapat di dalam makanan ringan akhirnya menyempitkan pembuluh darah dan menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi terutamanya apabila umur seseorang sudah meningkat

Makanan Ringan Dan Asma
Di dalam kajian yang lain, ahli-ahli sains dari Scotland dan Saudi Arabia mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama berlakunya kes asma meningkat disebabkan makanan ringan peningkatan penyakit alahan dan asma di kalangan kanak-kanak. Kajian ini yang melibatkan 100 kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit asma dan 200 kanak-kanak lain yang tidak menghidapnya mendapati, mereka yang kurang mengambil sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih mudah diserang penyakit ini. Kes-kes asma didapati meningkat sebanyak 50% di dalam jangka masa 10 tahun

Makanan Ringan Dan Sakit Jantung
Makanan ringan berbahaya kepada jantung. CNN.com.health bertarikh 14 Mac 2000 melaporkan, makanan ringan meningkatkan Penyakit jantung dikaitkan juga dengan makanan ringan risiko remaja menghidap sakit jantung. Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan ringan pada hari ini. Penemuan ini dibentangkan di dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim, California
no junk food1 Kesan Makanan Ringan

Makanan Ringan Dan Kesan Pada Otak
Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Hal ini disebabkan, Makanan ringan merosakkan fungsi otak, otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu.
Profesor Carol Greenwood, seorang pakar sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Toronto merumuskan, makanan ringan yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi dan karbohidrat yang rendah pastinya bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia

Makanan Ringan Dan Buta
Mereka yang banyak mengambil makanan ringan yang tinggi kadar lemaknya, menghadapi risiko yang tinggi menjadi buta apabila berumur dalam lingkungan 55 tahun. Penyakit ini yang dikenali sebagai macular degeneration sering menyerang perokok-perokok namun sekarang ia juga menyerang peminat-peminat makanan ringan.
Penemuan ini yang dimuatkan di dalam Archives of Ophthalmology, dilaporkan oleh pakar-pakar sains dari Massachusetts Eye And Ear Infirmary di Amerika, selepas melakukan kajian ke atas 349 orang pesakit Makanan ringan meningkatkan risiko menajadi butayang berumur di antara 55 hingga 80 tahun. Semua ini mengesahkan tentang bahaya makanan ringan yang popular di kalangan masyarakat moden pada hari, justeru pengambilannya perlu dikawal sebelum kemudaratan yang lebih teruk menimpa ke atas diri kita

Tambahan daripada itu, kajian oleh para saintis dari Universiti Oxford, England, mendapati pengambilan makanan ringan juga meningkatkan peratus keganasan dalam masyarakat. Peningkatan ini begitu ketara dalam masa 50 tahun ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekurangan khasiat-khasiat tertentu, terutamanya omega-3, Peratus keganasan meningkat kesan makanan ringan jika seseorang banyak mengambil makanan ringan. Omega-3 membantu di sudut pengawalan emosi seseorang.

Nukilan Dr. Danial b Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Alexandria). Rujukan: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden oleh Dr. Danial.
- See more at: http://akhiyy.com/kesan-makanan-ringan/#sthash.KcuVZ4Oa.dpuf

Monday 25 February 2013

keselamatan kanak-kanak dalam kereta

Di bawah adalah beberapa tip keselamatan yang boleh diamalkan untuk keselamatan anak-anak anda di dalam kenderaan yang kita semua perlu ambil tahu..sayangilah nyawa anak-anak kita.selamat membaca...

  • Tempat duduk kanak-kanak dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan daripada meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ianya amat merbahaya jika berlaku kemalangan.
  • Sesetengah kereta mempunyai beg udara yang boleh mencederakan kanak-kanak atau orang dewasa yang kurang ketinggian normal apabila ia menggelembung.
  • Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa dikunci dengan kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak-kanak. Gunakan tempat duduk yang sesuai dengan usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dengan kemas dan sempurna. Ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka.
  • Walaupun kanak-kanak berusia di antara empat hingga dua belas tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Jika tidak, anda boleh memasangnya.
  • Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh duduk di tempat duduk hadapan tetapi pastikan mereka memakai tali pinggang keledar dengan sempurna sekalipun untuk perjalanan yang dekat atau pun jauh.
  • Tali pinggang keledar hendaklah dipakai seketat mungkin. Tali pinggang keledar hendaklah dipakai di paras pelvis bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya di leher dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu mereka dari tali pinggang keledar.
  • Kanak-kanak biasanya akan menjadi tidak tenteram apabila memakai tali pinggang keledar. Mereka akan merengek atau meragam minta dilepaskan dari ikatan. Jangan sekali-kali mengalah dengan mereka kerana semuanya adalah untuk keselamatan mereka. Dan jangan sekali-kali meriba bayi atau kanak-kanak walaupun untuk perjalanan yang dekat.
  • Kanak-kanak juga tidak boleh ditinggalkan sendirian di dalam kereta kerana ini boleh mengakibatkan mereka lemas berpunca daripada suhu dalam kereta yang boleh meningkat dengan mendadak. Ini juga amat penting kerana kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sering menjadi mangsa penculikan.
Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda. Pastikan mereka sentiasa selamat di jalan raya.

Info dari : http://www.itis.com.my

kesan gula-gula terhadap kanak-kanak


Makanan manis sememangnya syurga bagi kanak-kanak. Asal nampak je mesti minta. Kalau pergi kenduri, memang tak larat nak sorok gula-gula yang dapat as a gift tu.


Sebelum cerita lebih-lebih kita kena paham apa itu gula. Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.


Gula ni terdapat dua jenis.Pertama ialah gula semulajadi (natural sugar) yang diperoleh daripadabuah-buahan, sayur-sayuran dan juga madu.


Kedua ialah gula tambahan (added sugar) iaitu gula yang ditambah ke dalam makanan atau minuman sama ada semasa diproses, dimasak atau kita masukkan terus ke dalam makanan. Gula tambahan ni juga berasal daripada sumber semulajadi sama ada daripada sumber tumbuhan atau haiwan.


Kalau dalam makanan yang diproses oleh kilang – gula tambahan yang paling common dikenali sebagaiSucrose, Corn Syrups Solids dan Glucose Syrups Solids.

Macam mana nak tahu jumlah kandungan gula tambahan dalam makanan yang kita beli?Anda boleh check dekat label produk. Jika tiada yang disenaraikan di atas, ia juga mungkin dimasukkan dalam jumlah karbohidrat (level of carbohydrate). Lagi tinggi jumlah karbohidrat ni maknanya lagi tinggilah tahap gula yang ditambah dalam makanan tersebut.

Anak kita memang perlukan karbohidrat ni sebagai sumber tenaga. Bagi kanak-kanak atas 2 tahun, diet pemakanan seimbang harus merangkumi dalam 50% ke 60% kalori yang diperolehi daripada karbohidrat. Tetapi, sebagai Ibu Bapa kita haruslah pastikan karbohidrat ini daripada sumber yang sihat dan hadkan gula tambahan dalam diet mereka.

Kenapa kita kena hadkan pengambilan gula tambahan untuk anak kita? Gula tambahan yang berlebihan boleh menyebabkan banyak kesan buruk. Antaranya ialah:

  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
  • Masalah kelakuan – panas baran dan hilang daya tumpuan.
  • Kencing manis (diabetis).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Sakit jantung dan juga stroke.

Kesan-kesan ni bukan pada kanak-kanak je tau. Orang tua pun sama je. Tapi yelah, gula ni kan penyedap makanan. Jangan kata kanak-kanak suka, orang tua lagi la suka. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2003, orang dewasa di Malaysia mengambil gula yang melebihi cadangan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Panduan Diet Malaysia. Disebabkan itu, MOH telah melancarkan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010.


Kempen ni mengharapkan kita mengurangkan pengambilan gula. Contohnya pengendali makanan diminta supaya menyediakan makanan dan minuman yang kurang gula kepada pelanggan. Tapi kena faham ye, kurangkan gula bukannya tak ambil gula langsung. Kita masih perlukan gula untuk bagi tenaga pada kita. 

Ibu pun kena kurangkan gula la. Suka sangat makan kek dan coklat. Kena kurangkanlah lepas ni. Nak pupuk kat anak, Ibu Bapa kena la buat dulu. Tak gitu? Contohnya kalau dulu beli chipsmore biasa, sekarang kena la beli chipsmore less sugar. 

Dah tau apa itu gula dan kesan pada anak kita. Mari kita tengok macam mana nak elak pengambilan gula tambahan berlebihan untuk anak kita? Ini tips yang Ibu dapat daripada Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010. 
  • Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
  • Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  • Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
  • Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.
  • Pilih produk makanan dan minuman tanpa gula tambahan (free added sugar)
Selain tips di atas, ada beberapa tips yang Ibu nak share bagi mengelakkan anak anda jadi seorang yangsweet tooth – suka benda-benda manis.

  • Bersederhana. Kalau kita tak bagi kat anak, lagilah die nak kan. Bila pergi nursery atau pergi mana-mana jumpa gula-gula, terus nak makan banyak-banyak. So apa yang kita boleh buat ialah bersederhana. Bagi sedikit sahaja pada waktu-waktu tertentu. Contohnya, dalam sehari, Ammar boleh minta satu makanan manis sahaja – kitkat (belah dua) atau coklat kecik satu (selalu Ibu beli satu kotak yang coklat kecik-kecik jenama Cadbury tu). Kalau die tak ingat atau tak minta, memang tak bagi. Kalau dah makan satu, maka kalau die minta lagi – Ibu cakap esok pula, sebab dah makan. Nota: Oh ya – makanan-makanan ni kena sembunyi ya. Kalau kena yang dah pandai buka peti ais tu memang susah.
  • Hari istimewa. Adakan hari istimewa untuk makan desert macam ais krim atau kek. Buat dalam 1-2 kali sahaja seminggu. Jadi mereka akan tertunggu-tunggu dan menikmati apa yang mereka dapat. Macam Ammar, Ibu tak beli kek atau ais krim di rumah. Jadi hujung minggu pergi Giant, Ayah akan beli sepotong kek Secret Recipe dan kami share 3 orang. Kalau hari lain Ammar minta (bila nampak kat kedai atau tv) – Ibu cakap tunggu pergi Giant k. So die paham dan tunggu.
  • Bagi alasan munasabah. Kanak-kanak sekarang dah pandai. So bila diorang minta bagi alasan yang diorang boleh terima. Kita kena terangkan mana yang baik dan buruk. Macam coklat, walaupun ada dalam peti ais, Ammar jarang makan sebab Ibu bagitahu makan coklat selalu nanti batuk. Kalau batuk tak dapat makan kek di Giant. So Ammar pun faham.
Tapi, di zaman sekarang ni, bukan senang nak kawal pengambilan gula. Apa yang kita boleh buat as parents ialah cuba kawal dan pantau pemakanan anak kita sementara masih kecil. Pupuk tabiat pemakanan yang baik. Bukan senang – especially yang picky eater – tapi kita cuba yang terbaik. Tak gitu?

Wednesday 20 February 2013

pemakanan seimbang untuk ibu mengandung


ibu mengandung perlu menjaga kesihatan diri dan kandungan dengan pemakanan yang sihat dan seimbang...tetapi berapa ramai yang tahu dan ambil peduli??mari sama-sama kita baca dan ambil tahu..walaupun bukan untuk diri sendiri..mungkin ilmu ini boleh membantu orang lain..:)
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


    ·    Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.

    ·  Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Piramid makanan
Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Sumber: comelnya.com