Ini adalah lanjutan amalan kenersihan diri dan makanan.di harap semua dapat menjaga kebersihan selepas ini ya. Selamat membaca!
Pakaian
Pakai pakaian yang sempurna dan
bersih. Gunakan pakaian pelindung (apron),
sarung tangan (jika perlu) dan penutup kepala. Pastikan apron, penutup kepala dan sarung tangan adalah bersih dan dipakai
dengan betul.
Rambut
Rambut mengandungi pelbagai jenis kuman. Oleh itu rambut
harus bersih, diikat dan ditutup semasa mengendalikan
makanan. Jangan menyikat rambut semasa
berada di tempahpenyediaan makanan.
Pakai penutup kepala dan jangan sentuh atau sikat rambut
dalam kawasan penyediaan dan semasa menghidang makanan.
Janggut dan misai hendaklah dijaga
rapi.
Amalkan tabiat kebersihan diri yang
betul. Jangan menyentuh kulit khasnya mulut, hidung dan telinga. Jangan
meludah, mengunyah, makan, merokok atau mengorek hidung.
Mulut,
Hidung dan Telinga
Staphylococcus aureus biasanya didapati hadir dalam mulut,
hidung dan telinga. Pemindahan
bakteria boleh berlaku dan boleh mencemarkan makanan sekiranya:
1. Batuk semasa mengendalikan makanan.
2. Merasa makanan
dengan jari.
3. Mengorek hidung semasa menyediakan
makanan.
4. Meludah merata-rata.
5. Merokok.
6. Makan semasa menyediakan makanan.
6. Makan semasa menyediakan makanan.
No comments:
Post a Comment