Tuesday, 5 March 2013

Faedah Bersukan? Apa Ya?

Kita sering diberitahu bahawa sukan itu adalah penting. Namun, apakah definasi bersukan? Menurut kamus Edisi Ketiga, sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan atau dilakukan secara hiburan. Contohnya, sekarang, acara yang paling gemuruh, Olimpik, telah menarik perhatian ramai orang untuk menonton pelbagai sukan yang diuruskan. Antaranya, berenang, lompat tinggi, badminton, tenis meja, bola dan lain-lain lagi.




Sukan memang banyak faedahnya. Faedahnya yang pertama ialah bersukan dapat menyihatkan badan seperti yang dikatakan pada definasinya. Apabila kami mengeluarkan segala tenaga kami bermain sesuatu jenis sukan, badan kami berpeluh. 

Apabila, kami berpeluh, kami sebenarnya mengeluarkan toxin-toxin lalu membersihkan badan. Dengan proses pembersihan ini, badan kami akan rasa lebih segar. Badan orang sering bersukan pun banyak berotot dan tegap. Jika kami sering bersukan, kami tidak akan jatuh sakit semudah orang yang tidak bersukan dan gemar memakan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu masin.


Faedah kedua bersukan ialah ia membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik. Kerana mereka sentiasa terpaksa memikirkan strategi untuk permainan, mereka dapat bekerja dalam sesuatu kumpulan. 

Lagipun, lama-kelamaan, semua ahli pasukan akan merasa bahawa pasukan mereka seperti sebuah keluarga. Misalnya, jika mereka kalah dalam satu permainan, mereka akan menghiburkan hati satu sama lain dan mereka semua sentiasa menggalakkan satu sama lain untuk bermain dengan sepenuh hati dan bermain dengan sebaik mungkin.


Akhirnya, faedah yang ketiga ialah bersukan mejaminkan jalan kehidupan yang sihat. Bersukan dapat mengurangkan berat badan seseorang dan risikonya menjadi gemuk dan menangkap pelbagai jenis kesakitan kerana gemuk akan berkurangan. 

Bersukan pun menyegerakan otak dan minda supaya dapat berfikir dengan jelas dan kami dapat menimbang dan berfokus dengan lebih mahir. Pengkajian pun menunjukkan bahawa bersukan dapat menolong melawan kemurungan dan perasaan terlalu khuatir.


Berdasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan, kami dapat berpendapat bahawa sukan menyihatkan badan, membina sebuah pasukan dan menjamin jalan kehidupan sihat. Dengan ini, terbukti lah bahawa bersukan memang banyak faedahnya. Kami sepatutnya menggalakkan keluarga, teman-teman, jiran-jiran dan sesiapa lagi dan ingin dengar untuk rajin bersukan. Tentu dunia ini akan menjadi lebih sihat.

Bak kata pepatah Arab, maksudnya : "minda yang cerdas pada badan yang cergas" Wink

No comments:

Post a Comment