Thursday, 7 March 2013

Soalan PJK Tahun 1 (KSSR)

Salam semua pelajar..banyak dah yang kita pelajari dari post yang lalu. Jadi kali ini cikgu Niza nak kongsikan contoh soalan bagi pelajar Tahun 1 KSSR.. Selamat menjawab ok.



PENDIDIKAN PERGERAKAN

 A. Gariskan nama pergerakan yang betul berpandukan  gambar.

 

REKREASI

NAMAKAN AKTIVITI REKREASI DI BAWAH.



KESELAMATAN
Tandakan ( / ) untuk amalan keselamatan yang baik  semasa bersukan.



SAYA, KELUARGA DAN RAKAN

Namakan ahli keluarga di bawah.

  
Tuliskan peranan ahli keluarga di bawah.

21.    Ayah      : __________________________________________________________

22.    Ibu         : ___________________________________________________________

23.    Anak      : ___________________________________________________________

24.    Kakak    : ___________________________________________________________



PENYALAHGUNAAN BAHAN

Namakan jenis-jenis ubat berdasarkan gambar.


KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.



Gariskan jawapan yang betul.

32.   Jangan makan makanan yang telah ( basi  ,  segar ).

33.   Kita perlu menggunakan ( sabun  , syampu ) ketika   
        membasuh rambut.

34.   Jenny menggunakan ( berus gigi , berus sabut ) ketika
         menggosok gigi.

35.   Rumah perlu ( dibersihkan , dibakar ) agar dapat hidup
        dengan selesa.


Tuliskan pernyataan yang betul pada gambar.

Bahaya penggunaan kanta lekap



Pernah guna contact lens? ataupun bahasa melayu nya kanta lekap mata? dari hasil carian berkenaan kanta lekap satu isu yang mungkin anda pernah hadapi, mata merah selepas memakai kanta lekap. Mungkin ini adalah kes2 di antara beratus kes yang ada. Kebiasaan untuk kelihatan cantik, ramai yang berhijrah mengunakan kanta lekap berwarna warni berbanding menggunakan cermin mata. Tanpa mengetahui risiko penggunaannya. 


Di entry yang lalu saya berkongsi tips penjagaan kanta lekap, tetapi lawatan saya ke hospital baru-baru ini ke wad mata mendapati lebih separuh dari pesakit mata disitu disebabkan oleh pemakaian kanta lekap. Mungkin secara kebetulan tetapi saya sedar akan bahayanya. lalu ingin berkongsi dengan pembaca semua.



Salah seorang pelajar di China mencuba menggunakan “cotton bud” pada kanta lekapnya yang direndam didalam “solution” kanta lekap. Setelah itu kanta tersebut digosok dengan menggunakan cotton bud untuk lebih 30 minit. dan hasilnya kanta lekap itu pudar dan warnanya melekat di kapas.



Mata saya mengalami jangkitan kuman tidak melibatkan isu:
  1. Kanta lekap tamat tempoh
  2. Cara penjagaan salah
  3. Kanta lekap murahan

Kisah Benar:
Apa yang berlaku adalah ketika dalam perjalanan ke UTM, Skudai untuk menghadiri kursus akhir sebelum mendapat ijazah. Dalam perjalanan dengan bas, saya tertidur dengan kanta lekap masih dimata.
Apabila terjaga dari tidur, perkara normal untuk dilakukan adalah menggosok mata dan ketika ini tanpa disedari berlakunya luka pada bahagian kornea.
Setibanya di UTM, mata mula menjadi merah dan mengalami kegatalan pada bahagian mata. Masalah ini berlarutan sehingga keesokan harinya.
Pada mulanya saya tidak mengjangkakan perkara yang lebih teruk bakal berlaku kepada saya. (Ketika ini saya telah berisiko untuk buta!!!)
Masalah kegatalan dan kemerahan pada mata ini tidak menampakan tanda-tanda untuk sembuh malah bertambah teruk sehinggakan mata mula bengkak.

Disebabkan untuk menamatkan kursus tersebut saya cuba bertahan untuk ke klinik/hospital walaupun pada ketika itu saya tidak lagi mampu untuk tidur malam kerana mata mula berdenyut dan gatal. (4 hari tak mampu nak tidur)
Masalah ini mula parah apabila mata menjadi terlalu sakit apabila melihat cahaya. Ya!!! Bukan sahaja cahaya matahari malah semua cahaya akan membuatkan mata berdenyut.
Selesai kursus, MR Amin (juga penulis s2u) telah membawa saya dari Johor ke Bandar Sri Damansara kerana ketika ini saya tidak lagi mampu untuk berjalan untuk menaiki bas.

Tahukah anda bahawa kanta lekap boleh menyebabkan Ulser kornea?



Bagaimana Ulser Kornea Boleh Membutakan Mata Anda?

Bunyi mungkin tidak seperti Katarak yang umum mengetahui boleh membutakan mata anda.
Ulser Kornea ini tidak merosakan saraf pada mata. Apa yang berlaku adalah Ulser Kornea ini akan meninggalkan parut pada kelopak mata yang akan membuatkan penglihatan anda terhalang.
Ianya umpama penghalang pada cermin kereta anda, dan malangnya parut ini tidak/sukar/sangat sukar/ untuk dibuang dengan ubatan. Apa yang boleh kembalikan penglihatan anda, hanyalah pembedahan dengan menggantikan kornea yang lain.


Kornea Tranplan

Jika anda berduit mungkin anda merasakan yang anda mampu untuk melakukannya.
Namun, apa yang info saya dapat dari Klinik Pakar Mata, untuk membuat Kornea Transplan ini anda bukan sahaja memerlukan duit tetapi anda perlu mengambil giliran kerana terdapat berpuluh/beratus yang sedang menunggu untuk membuat tranplan ini.
Dan kornea tersebut diambil dari haiwan spesis monyet( seingat saya doc tu cakap) atau penderma organ(peluang tipis). [Tiada fakta Lengkap]

Keghairahan untuk mempunyai mata yang cantik boleh menyebabkan seseorang yang memakai kanta lekap menjadi buta selamanya. Jadi bersyukurkan dengan warna mata semula jadi, dan lebih baik untuk anda gunakan cermin mata untuk kebaikkan mata anda.

10 cara penjagaan kanta lekap


Assalamualaikum :)

okay kali ni nak share pasal tips-tips penjagaan kanta lekap a.k.a contact lens. okay kita semua especially gegurl ni suka la pakai lens kan. tambah lagi nak pakai lens kaler-kaler. tak cukup kaler-kaler, nak pulak big eyes. 



Tips penjagaan contact lens :


1) sentiasa basuh tangan dengan air suam dan sabun sebelum kendalikan contact lens atau sebelum sentuh mata anda. sebarang kesan daripada losyen, sabun atau bahan kimia yg boleh melekat pada contact lens akan menyebabkan kesakitan, kepedihan atau penglihatan yg kabur apabila contact lens berada dalam mata. so, keringkan tangan anda dengan towel yg bersih dulu.


2) bersih kan bekas contact lens anda selepas setiap kali digunakan. bersih kan dengan menggunakan solution contact lens. jangan guna air paip sebab kandungan pH tak sama. lepas basuh, biarkan ia kering.


3) jangan sesekali gunakan air paip padacontact lens. pastikan hanya gunakan solution lens.


4) bersihkan contact lens anda dengan menggosok perlahan-lahan dengan jari telunjuk anda di tapak tangan. sekarang dah ada solution contact lens yg 'no rubs'. makna nya anda hanya bilas contact lens tanpa perlu menggosok.


5) jika anda alami sebarang kepedihan atau kegatalan, tanggalkan contact lens dan berhenti dari memakainya sehingga anda bercakap dengan doktor mata anda. #pernah berlaku kat aku. baca sini.


6) jangan sesekali pakai contact lens orang lain, terutamanya jika telah dipakai sebelumnya. guna contact lens orang lain boleh sebarkan apa-apa jangkitan atau zarah dari mata mereka dengan anda.


7) pakai contact lens boleh sebabkan mata anda menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari. pakai cermin mata gelap dengan jumlah perlindungan UV atau topi tepi luas apabila dibawah cahaya matahari. 


8) jangan tidur dengan contact lens di mata anda. ketika mata ditutup, air mata tak dapat bawa oksigen yg sihat dengan mata, seperti semasa waktu terjaga.


9) pakai contact lens terlebih dahulu sebelum pakai mekap untuk mengelakkan daripada mencemari lens. manakala, keluarkan contact lens dahulu sebelum menanggalkan mekap.


10) jangan biarkan hujung botol solutions tersentuh permukaan lain, termasuk jari, mata atau contact lens. solutions mungkin booleh tercemar.


P/s: semoga dengan adanya tips ini, dapat membantu kalian menjaga contact lenses dengan lebih baik dan cermat. hihi XD


till we meet in next entry.

Wednesday, 6 March 2013

Pegawai kesihatan datang!!!cepat 'check' rumah!!

Baru-baru ini Pegawai Kesihatan datang ke setiap rumah di kampung saya..kelam kabut pergi curah air bertakung. takut pula kena saman sebab biak nyamuk aedes. tapi macam bersalah pula sebab tak takut kalau-kalau nyamuk aedes betul-betul da terbiak. oleh itu saya terpanggil untuk membuat post ini. Adik ipar saya pun cakap dia baru saja belajar pasal nyamuk aedes tahun lepas dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan.


Nyamuk Aedes, Tanda-Tanda, Cara Pencegahan Dan Cara Mengatasi

Jom cari tahu apa Aedes tu sebenarnya.. kalau terang panjang lebar kat sini Aedes tu, nanti ada yang mengantuk pula ^_^.. jadi di bawah tersedia point-point penting pasal Aedes, dari pengenalan, cara pencegahan sampailah cara mengatasi. Selamat membaca..:)










Apakah Itu Aedes :
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak menyenangkan",kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.

Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tabiat nyamuk Aedes :
- Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya.
- Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja.
- Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah.

Tempat pembiakan nyamuk Aedes :
- Dalam Rumah
- Akuarium
- Perangkap semut
- Pasu Bunga
- Timba
- Tempayan
- Kolam (kolah) mandi
- Tempat air peti sejuk
- Luar Rumah
- Tayar buruk
- Tempurung kelapa
- Botol/gelas pecah yang mengandungi air
- Salur air hujan
- Pokok Pisang
- Pokok Keladi
- Longkang yang tersekat
- Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk Aedes :
- Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
- Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
- Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.
- Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.
- Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.
- Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Tanda-Tanda Demam Denggi :
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. 

Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Cara Mengatasi Demam Denggi :
- Minumlah air putih minimal 20 gelas berukuran sedang setiap hari (lebih banyak lebih baik).
- Cubalah menurunkan panas badan dengan minum obat penurun panas.
- Beberapa teman dan dokter menyarankan untuk minum minuman ion tambahan (tapi banyak juga yang tidak menganjurkannya).
- Minuman lain yang disarankan: Jus jambu merah untuk meningkatkan trombosit (ada juga yang menyarankan: daun angkak, daun jambu, dan sebagainya).
- Makanlah makanan yang bergizi dan usahakan makan dalam kuantitas yang banyak (meskipun biasanya minat makan akan menurun drastis).

 Sumber :

Pertolongan cemas

Pertolongan cemas adalah salah satu tajuk yang diajar di dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan KSSR. Diharapkan info di bawah dapat membantu.Video di bawah adalah berkenaan prosedur cpr.


Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum


Objektif

  • Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
  • Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
  • Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
  • Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.