Thursday 7 March 2013

Bahaya penggunaan kanta lekap



Pernah guna contact lens? ataupun bahasa melayu nya kanta lekap mata? dari hasil carian berkenaan kanta lekap satu isu yang mungkin anda pernah hadapi, mata merah selepas memakai kanta lekap. Mungkin ini adalah kes2 di antara beratus kes yang ada. Kebiasaan untuk kelihatan cantik, ramai yang berhijrah mengunakan kanta lekap berwarna warni berbanding menggunakan cermin mata. Tanpa mengetahui risiko penggunaannya. 


Di entry yang lalu saya berkongsi tips penjagaan kanta lekap, tetapi lawatan saya ke hospital baru-baru ini ke wad mata mendapati lebih separuh dari pesakit mata disitu disebabkan oleh pemakaian kanta lekap. Mungkin secara kebetulan tetapi saya sedar akan bahayanya. lalu ingin berkongsi dengan pembaca semua.



Salah seorang pelajar di China mencuba menggunakan “cotton bud” pada kanta lekapnya yang direndam didalam “solution” kanta lekap. Setelah itu kanta tersebut digosok dengan menggunakan cotton bud untuk lebih 30 minit. dan hasilnya kanta lekap itu pudar dan warnanya melekat di kapas.



Mata saya mengalami jangkitan kuman tidak melibatkan isu:
  1. Kanta lekap tamat tempoh
  2. Cara penjagaan salah
  3. Kanta lekap murahan

Kisah Benar:
Apa yang berlaku adalah ketika dalam perjalanan ke UTM, Skudai untuk menghadiri kursus akhir sebelum mendapat ijazah. Dalam perjalanan dengan bas, saya tertidur dengan kanta lekap masih dimata.
Apabila terjaga dari tidur, perkara normal untuk dilakukan adalah menggosok mata dan ketika ini tanpa disedari berlakunya luka pada bahagian kornea.
Setibanya di UTM, mata mula menjadi merah dan mengalami kegatalan pada bahagian mata. Masalah ini berlarutan sehingga keesokan harinya.
Pada mulanya saya tidak mengjangkakan perkara yang lebih teruk bakal berlaku kepada saya. (Ketika ini saya telah berisiko untuk buta!!!)
Masalah kegatalan dan kemerahan pada mata ini tidak menampakan tanda-tanda untuk sembuh malah bertambah teruk sehinggakan mata mula bengkak.

Disebabkan untuk menamatkan kursus tersebut saya cuba bertahan untuk ke klinik/hospital walaupun pada ketika itu saya tidak lagi mampu untuk tidur malam kerana mata mula berdenyut dan gatal. (4 hari tak mampu nak tidur)
Masalah ini mula parah apabila mata menjadi terlalu sakit apabila melihat cahaya. Ya!!! Bukan sahaja cahaya matahari malah semua cahaya akan membuatkan mata berdenyut.
Selesai kursus, MR Amin (juga penulis s2u) telah membawa saya dari Johor ke Bandar Sri Damansara kerana ketika ini saya tidak lagi mampu untuk berjalan untuk menaiki bas.

Tahukah anda bahawa kanta lekap boleh menyebabkan Ulser kornea?



Bagaimana Ulser Kornea Boleh Membutakan Mata Anda?

Bunyi mungkin tidak seperti Katarak yang umum mengetahui boleh membutakan mata anda.
Ulser Kornea ini tidak merosakan saraf pada mata. Apa yang berlaku adalah Ulser Kornea ini akan meninggalkan parut pada kelopak mata yang akan membuatkan penglihatan anda terhalang.
Ianya umpama penghalang pada cermin kereta anda, dan malangnya parut ini tidak/sukar/sangat sukar/ untuk dibuang dengan ubatan. Apa yang boleh kembalikan penglihatan anda, hanyalah pembedahan dengan menggantikan kornea yang lain.


Kornea Tranplan

Jika anda berduit mungkin anda merasakan yang anda mampu untuk melakukannya.
Namun, apa yang info saya dapat dari Klinik Pakar Mata, untuk membuat Kornea Transplan ini anda bukan sahaja memerlukan duit tetapi anda perlu mengambil giliran kerana terdapat berpuluh/beratus yang sedang menunggu untuk membuat tranplan ini.
Dan kornea tersebut diambil dari haiwan spesis monyet( seingat saya doc tu cakap) atau penderma organ(peluang tipis). [Tiada fakta Lengkap]

Keghairahan untuk mempunyai mata yang cantik boleh menyebabkan seseorang yang memakai kanta lekap menjadi buta selamanya. Jadi bersyukurkan dengan warna mata semula jadi, dan lebih baik untuk anda gunakan cermin mata untuk kebaikkan mata anda.

No comments:

Post a Comment