Blog ini dibina untuk memupuk rasa cinta pada diri, orang tersayang dan sekeliling kita..Disamping itu, blog ini boleh dijadikan rujukan kepada guru dan pelajar bagi matapelajaran Pendidikan Kesihatan dan Jasmani
Saturday, 16 March 2013
Bahaya Merokok
Hai semua..lama saya tidak masukkan bahan dan kali ini saya ingin berkongsi mengenai bahaya merokok.. mari kita sama-sama tonton video di bawah:
Sunday, 10 March 2013
1. Merancang Menu Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah
Merancang Menu Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah
Pengenalan
Masa makan adalah masa untuk anak anda beristirehat bersama keluarga dan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah. Ia adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak. Hidangan yang disediakan di rumah adalah lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang menu. Merancang menu adalah mudah and tidak mengambil masa yang lama jika anda membuat persediaan awal dan teratur.Mengapa perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak sekolah?
- Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian sepanjang hari.
- Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang seimbang.
- Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.
- Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.
- Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.
Panduan am untuk merancang makanan sihat bersama keluarga
Adalah penting untuk merancang menu yang sihat dan digemari oleh kanak-kanak. Berikut adalah panduan untuk merancang menu untuk anak:- Anda perlu rancangan bagi 3 menu hidangan utama dan 2 menu snek untuk sehari untuk memastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Rancang menu hidangan utama dan snek untuk jangka masa seminggu
- Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada setiap 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jika terdapat kumpulan makanan yang tidak dimasukkan dalam menu hidangan utama, ia boleh dimasukkan dalam menu snek. Sebagai contoh, buah dimasukkan dalam menu snek.
- Waktu makan juga perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak akan ke sekolah dan balik dari sekolah. Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan jangan tergesa-gesa. Lazimnya, anak pasti letih apabila pulang dari sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar.
Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama
- Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
- Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh (contoh: campurkan beras perang dengan beras putih)
- Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. (contoh : tomato dalam ayam masak merah)
- Tambahkan satu sajian makanan dari kumpulan ikan, ayam,daging atau telur dengan makanan alternatif seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam resepi ayam masak kicap atau campurkan tempe dalam sambal ikan bilis.
Tips merancang menu sihat untuk makanan snek
- Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap sajian snek.
- Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih.
- Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.
Senarai semak plan perancangan menu sihat
Guna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda rancang adalah lengkap:- Adakah anak anda mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari?
- Adakah dia mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan?
- Adakah dia meminum susu dan air kosong setiap hari?
- Adakah anda berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari?
- Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu kerap?. Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu.
- Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?
Friday, 8 March 2013
10 Tips Bangun Awal pagi
Haa..para pelajar semua mesti mengalami masalah untuk bangun awal kan? di sini cikgu niza nak kongsi tips bangun awal dengan para pelajar semua..selamat mencuba ok! :)
Keheningan Subuh, ia mempunyai rahsia dan kekuatan yang tersendiri.
Berpagi-pagian di awal pagi merupakan amalan salafusoleh dan orang-orang mukmin sejak zaman berzaman. Malah, terdapat suatu rahsia serta kekuatan yang luar biasa bagi mereka-mereka yang membiasakan diri bangun awal di pagi hari.
Mereka adalah insan-insan yang terpilih yang bangun awal sebelum Subuh dan mereka melaksanakan solat Subuh setiap hari ikhlas kerana Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“ Dan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat.”
(Surah al-Isra 17 : 78)
Namun, selalunya apa yang berlaku dalam realiti kita ialah – ia adalah suatu yang sangat-sangat sukar untuk bangun awal sebelum Subuh. Selimut yang seringan kapas itu terasa bebanannya seperti batu konkrit. Dan, ramai di kalangan kita terlepas kewajipan asasi di awal pagi iaitu solat Subuh kerana susah untuk bangun daripada tidur yang nyenyak.
Kali ini, saya kongsikan tips bagaimana untuk bangun awal sebelum Subuh. Tips ini bukanlah sekadar untuk dihebah-hebahkan atau diwar-warkan semata-mata, tetapi untuk digerakan, diamalkan dan dilaksanakan oleh kita semua.
- Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
- Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
- Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
- Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
- Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
- Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
- Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
- Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
- Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
- Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.
Justeru, bilakah kita akan mulakan tips ini?
Saranan saya, kita lakukan segera tanpa bertangguh. Esok pagi, adalah pagi yang terbaik untuk kita. Kerana apa? Kita mampu bangun awal sebelum Subuh, bersiap siaga untuk solat Subuh berjemaah, menghiasinya dengan bacaan Al-Quran, berdoa, berzikir dan terus berfikir untuk masa hadapan kita di akhirat.
Berjuang bersungguh-sungguh untuk bangun awal sebelum Subuh.
Aktiviti memanaskan badan sebelum bersukan
Regangan badan penting supaya otot berfungsi dengan baik, elak kecederaan
PAKAR kenderaan sering menasihat pemandu supaya memanaskan enjin terlebih dulu sebelum memulakan perjalanan, terutama pada waktu pagi.
Apakah tujuan membiarkan enjin dalam keadaan melahu selama beberapa minit sebelum digerakkan? Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.
Akibatnya, bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan berat hingga enjin lebih cepat rosak.
Apakah kaitan memanaskan enjin dengan senaman? Tubuh manusia sama seperti enjin. Jika enjin menerima kesan buruk akibat kegagalan pemandu memanaskan enjin, tubuh manusia juga berkeadaan serupa.
Sesetengah orang bersenam untuk lebih sihat, tetapi selepas sekali atau dua kali melakukan senaman terus patah semangat untuk bersenam kerana bukan kesihatan bertambah baik, tetapi mengadu bahagian tertentu tubuh seperti kaki terseliuh dan sakit.
Video di bawah menunjukkan cara regangan otot yang betul sebelum bersukan.
Masalah yang dialami Itu menunjukkan tubuh manusia perlu melalui proses sama seperti enjin kenderaan, memanaskan badan sebelum bersenam.
Memanaskan badan penting supaya otot dapat bertugas dengan berkesan, sekali gus mengelakkan kecederaan.
Sehubungan itu, tubuh memerlukan persediaan rapi dan tepat untuk melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan supaya senaman memberi pulangan positif dan pada masa sama, meminimumkan risiko kecederaan.
Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan.
Sesetengah orang mengetahui keperluan memanaskan badan, tetapi mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa yang mempunyai keadaan fizikal yang baik tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya, setiap orang berisiko mendapat kecederaan apabila memaksa tubuh melakukan senaman.
Berhenti dengan tiba-tiba selepas bersungguh-sungguh melakukan senaman tanpa melegakan otot kembali seperti dalam keadaan rehat, juga boleh menyebabkan kesakitan seperti yang dialami orang yang tidak cergas, tetapi memaksa diri bersenam secara intensif.
Ketegangan otot yang dialami ketika bersenam kemungkinan besar berpunca akibat bersenam tanpa memanaskan badan sepenuhnya.
Kebaikan memanaskan badan
FAKTOR utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan.
Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.
Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti memanaskan badan. Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali sejuk dan usaha memanaskan badan akan menjadi sia-sia.
Selain mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan, terutama pertandingan peringkat tinggi.
Kebaikan menyejukkan badan
SAMA seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya.
Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot.
Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.
Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam.
Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.
INFO: Teknik memanaskan badan
PASTIKAN aktiviti memanaskan badan dilakukan mengikut teknik yang betul. Tempoh masa yang sesuai sekurang-kurangnya 10 minit. Kaedah lain yang digunakan ialah urutan kerana meningkatkan pengaliran darah melalui otot, tetapi mesti diikuti regangan otot.
Regangan betis
Berdiri dengan sebelah kaki berada di depan. Secara perlahan-lahan pindahkan berat badan kepada kaki depan. Ini menyebabkan otot betis diregang ke arah belakang. Kekalkan kedudukan itu kira-kira lima minit.
Kepantasan
Aktiviti berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan joging perlahan meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.
Regangan bahu dan dada
Kedua-dua belah tangan di bahagian belakang dalam keadaan seperti bersalam. Tangan kemudian digerakkan ke atas dan kekalkan keadaan itu selama lima minit.
Melonggarkan bahagian atas tubuh
Gerakkan kedua belah tangan dari bahagian atas secara berperingkat-peringkat hingga ke bawah.
Teknik menyejukkan badan
BERSENAM tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan badan selepas bersenam tidak boleh diabaikan.
Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.
Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.
Penyejukan
Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan regangan terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.
Memperlahankan kepantasan
Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit memastikan darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.
Menurun
Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan tangan. Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/01/panaskan-badan-sebelum-bersenam.html#ixzz2MwEN2c20

Thursday, 7 March 2013
Soalan PJK Tahun 1 (KSSR)
Salam semua pelajar..banyak dah yang kita pelajari dari post yang lalu. Jadi kali ini cikgu Niza nak kongsikan contoh soalan bagi pelajar Tahun 1 KSSR.. Selamat menjawab ok.
Namakan ahli keluarga di bawah.
24. Kakak : ___________________________________________________________
Tuliskan pernyataan yang betul pada gambar.
PENDIDIKAN PERGERAKAN
A. Gariskan nama pergerakan yang betul berpandukan gambar.
REKREASI
NAMAKAN AKTIVITI REKREASI DI BAWAH.
KESELAMATAN
Tandakan ( / ) untuk amalan keselamatan yang baik semasa bersukan.
SAYA, KELUARGA DAN RAKAN
Tuliskan peranan ahli keluarga di bawah.
21. Ayah : __________________________________________________________
22. Ibu : ___________________________________________________________
23. Anak : ___________________________________________________________
PENYALAHGUNAAN BAHAN
Namakan jenis-jenis ubat berdasarkan gambar.
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Gariskan jawapan yang betul.
32. Jangan makan makanan yang telah ( basi , segar ).
33. Kita perlu menggunakan ( sabun , syampu ) ketika
membasuh rambut.
34. Jenny menggunakan ( berus gigi , berus sabut ) ketika
menggosok gigi.
35. Rumah perlu ( dibersihkan , dibakar ) agar dapat hidup
dengan selesa.
Bahaya penggunaan kanta lekap
Pernah guna contact lens? ataupun bahasa melayu nya kanta lekap mata? dari hasil carian berkenaan kanta lekap satu isu yang mungkin anda pernah hadapi, mata merah selepas memakai kanta lekap. Mungkin ini adalah kes2 di antara beratus kes yang ada. Kebiasaan untuk kelihatan cantik, ramai yang berhijrah mengunakan kanta lekap berwarna warni berbanding menggunakan cermin mata. Tanpa mengetahui risiko penggunaannya.
Di entry yang lalu saya berkongsi tips penjagaan kanta lekap, tetapi lawatan saya ke hospital baru-baru ini ke wad mata mendapati lebih separuh dari pesakit mata disitu disebabkan oleh pemakaian kanta lekap. Mungkin secara kebetulan tetapi saya sedar akan bahayanya. lalu ingin berkongsi dengan pembaca semua.
Salah seorang pelajar di China mencuba menggunakan “cotton bud” pada kanta lekapnya yang direndam didalam “solution” kanta lekap. Setelah itu kanta tersebut digosok dengan menggunakan cotton bud untuk lebih 30 minit. dan hasilnya kanta lekap itu pudar dan warnanya melekat di kapas.
Mata saya mengalami jangkitan kuman tidak melibatkan isu:
- Kanta lekap tamat tempoh
- Cara penjagaan salah
- Kanta lekap murahan
Kisah Benar:
Apa yang berlaku adalah ketika dalam perjalanan ke UTM, Skudai untuk menghadiri kursus akhir sebelum mendapat ijazah. Dalam perjalanan dengan bas, saya tertidur dengan kanta lekap masih dimata.
Apabila terjaga dari tidur, perkara normal untuk dilakukan adalah menggosok mata dan ketika ini tanpa disedari berlakunya luka pada bahagian kornea.
Setibanya di UTM, mata mula menjadi merah dan mengalami kegatalan pada bahagian mata. Masalah ini berlarutan sehingga keesokan harinya.
Pada mulanya saya tidak mengjangkakan perkara yang lebih teruk bakal berlaku kepada saya. (Ketika ini saya telah berisiko untuk buta!!!)
Masalah kegatalan dan kemerahan pada mata ini tidak menampakan tanda-tanda untuk sembuh malah bertambah teruk sehinggakan mata mula bengkak.
Disebabkan untuk menamatkan kursus tersebut saya cuba bertahan untuk ke klinik/hospital walaupun pada ketika itu saya tidak lagi mampu untuk tidur malam kerana mata mula berdenyut dan gatal. (4 hari tak mampu nak tidur)
Masalah ini mula parah apabila mata menjadi terlalu sakit apabila melihat cahaya. Ya!!! Bukan sahaja cahaya matahari malah semua cahaya akan membuatkan mata berdenyut.
Selesai kursus, MR Amin (juga penulis s2u) telah membawa saya dari Johor ke Bandar Sri Damansara kerana ketika ini saya tidak lagi mampu untuk berjalan untuk menaiki bas.
Tahukah anda bahawa kanta lekap boleh menyebabkan Ulser kornea?
Bagaimana Ulser Kornea Boleh Membutakan Mata Anda?
Bunyi mungkin tidak seperti Katarak yang umum mengetahui boleh membutakan mata anda.
Ulser Kornea ini tidak merosakan saraf pada mata. Apa yang berlaku adalah Ulser Kornea ini akan meninggalkan parut pada kelopak mata yang akan membuatkan penglihatan anda terhalang.
Ianya umpama penghalang pada cermin kereta anda, dan malangnya parut ini tidak/sukar/sangat sukar/ untuk dibuang dengan ubatan. Apa yang boleh kembalikan penglihatan anda, hanyalah pembedahan dengan menggantikan kornea yang lain.
Kornea Tranplan
Jika anda berduit mungkin anda merasakan yang anda mampu untuk melakukannya.
Namun, apa yang info saya dapat dari Klinik Pakar Mata, untuk membuat Kornea Transplan ini anda bukan sahaja memerlukan duit tetapi anda perlu mengambil giliran kerana terdapat berpuluh/beratus yang sedang menunggu untuk membuat tranplan ini.
Dan kornea tersebut diambil dari haiwan spesis monyet( seingat saya doc tu cakap) atau penderma organ(peluang tipis). [Tiada fakta Lengkap]
Keghairahan untuk mempunyai mata yang cantik boleh menyebabkan seseorang yang memakai kanta lekap menjadi buta selamanya. Jadi bersyukurkan dengan warna mata semula jadi, dan lebih baik untuk anda gunakan cermin mata untuk kebaikkan mata anda.
10 cara penjagaan kanta lekap
Assalamualaikum :)
okay kali ni nak share pasal tips-tips penjagaan kanta lekap a.k.a contact lens. okay kita semua especially gegurl ni suka la pakai lens kan. tambah lagi nak pakai lens kaler-kaler. tak cukup kaler-kaler, nak pulak big eyes.
Tips penjagaan contact lens :
1) sentiasa basuh tangan dengan air suam dan sabun sebelum kendalikan contact lens atau sebelum sentuh mata anda. sebarang kesan daripada losyen, sabun atau bahan kimia yg boleh melekat pada contact lens akan menyebabkan kesakitan, kepedihan atau penglihatan yg kabur apabila contact lens berada dalam mata. so, keringkan tangan anda dengan towel yg bersih dulu.
2) bersih kan bekas contact lens anda selepas setiap kali digunakan. bersih kan dengan menggunakan solution contact lens. jangan guna air paip sebab kandungan pH tak sama. lepas basuh, biarkan ia kering.
3) jangan sesekali gunakan air paip padacontact lens. pastikan hanya gunakan solution lens.
4) bersihkan contact lens anda dengan menggosok perlahan-lahan dengan jari telunjuk anda di tapak tangan. sekarang dah ada solution contact lens yg 'no rubs'. makna nya anda hanya bilas contact lens tanpa perlu menggosok.
5) jika anda alami sebarang kepedihan atau kegatalan, tanggalkan contact lens dan berhenti dari memakainya sehingga anda bercakap dengan doktor mata anda. #pernah berlaku kat aku. baca sini.
6) jangan sesekali pakai contact lens orang lain, terutamanya jika telah dipakai sebelumnya. guna contact lens orang lain boleh sebarkan apa-apa jangkitan atau zarah dari mata mereka dengan anda.
7) pakai contact lens boleh sebabkan mata anda menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari. pakai cermin mata gelap dengan jumlah perlindungan UV atau topi tepi luas apabila dibawah cahaya matahari.
8) jangan tidur dengan contact lens di mata anda. ketika mata ditutup, air mata tak dapat bawa oksigen yg sihat dengan mata, seperti semasa waktu terjaga.
9) pakai contact lens terlebih dahulu sebelum pakai mekap untuk mengelakkan daripada mencemari lens. manakala, keluarkan contact lens dahulu sebelum menanggalkan mekap.
10) jangan biarkan hujung botol solutions tersentuh permukaan lain, termasuk jari, mata atau contact lens. solutions mungkin booleh tercemar.
P/s: semoga dengan adanya tips ini, dapat membantu kalian menjaga contact lenses dengan lebih baik dan cermat. hihi XD
till we meet in next entry.
Wednesday, 6 March 2013
Pegawai kesihatan datang!!!cepat 'check' rumah!!
Baru-baru ini Pegawai Kesihatan datang ke setiap rumah di kampung saya..kelam kabut pergi curah air bertakung. takut pula kena saman sebab biak nyamuk aedes. tapi macam bersalah pula sebab tak takut kalau-kalau nyamuk aedes betul-betul da terbiak. oleh itu saya terpanggil untuk membuat post ini. Adik ipar saya pun cakap dia baru saja belajar pasal nyamuk aedes tahun lepas dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan.
Nyamuk Aedes, Tanda-Tanda, Cara Pencegahan Dan Cara Mengatasi
Jom cari tahu apa Aedes tu sebenarnya.. kalau terang panjang lebar kat sini Aedes tu, nanti ada yang mengantuk pula ^_^.. jadi di bawah tersedia point-point penting pasal Aedes, dari pengenalan, cara pencegahan sampailah cara mengatasi. Selamat membaca..:)
Apakah Itu Aedes :
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak menyenangkan",kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.
Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.
Tabiat nyamuk Aedes :
- Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya.
- Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja.
- Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah.
Tempat pembiakan nyamuk Aedes :
- Dalam Rumah
- Akuarium
- Perangkap semut
- Pasu Bunga
- Timba
- Tempayan
- Kolam (kolah) mandi
- Tempat air peti sejuk
- Luar Rumah
- Tayar buruk
- Tempurung kelapa
- Botol/gelas pecah yang mengandungi air
- Salur air hujan
- Pokok Pisang
- Pokok Keladi
- Longkang yang tersekat
- Tangki septik (terdedah)
Pencegahan pembiakan nyamuk Aedes :
- Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
- Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
- Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.
- Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.
- Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.
- Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
Tanda-Tanda Demam Denggi :
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal.

Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Cara Mengatasi Demam Denggi :
- Minumlah air putih minimal 20 gelas berukuran sedang setiap hari (lebih banyak lebih baik).
- Cubalah menurunkan panas badan dengan minum obat penurun panas.
- Beberapa teman dan dokter menyarankan untuk minum minuman ion tambahan (tapi banyak juga yang tidak menganjurkannya).
- Minuman lain yang disarankan: Jus jambu merah untuk meningkatkan trombosit (ada juga yang menyarankan: daun angkak, daun jambu, dan sebagainya).
- Makanlah makanan yang bergizi dan usahakan makan dalam kuantitas yang banyak (meskipun biasanya minat makan akan menurun drastis).

Sumber :
Pertolongan cemas
Pertolongan cemas adalah salah satu tajuk yang diajar di dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan KSSR. Diharapkan info di bawah dapat membantu.Video di bawah adalah berkenaan prosedur cpr.
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum

Objektif
- Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
- Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
- Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
- Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.
Asap bagi satu lingkaran ubat nyamuk menyamai 100 batang rokok !
Asap hasil pembakaran satu keping ubat nyamuk bakar ternyata setara dengan 100 batang rokok! Ini tentunya akan menimbulkan bahaya serius bagi yang menghirupnya, terutama anak-anak.
"Tidak banyak orang yang tahu tentang hal ini, tetapi kerosakan terhadap paru-paru akibat satu keping ubat nyamuk baker sama dengan satu kumparan nyamuk sama dengan kerosakan akibat 100 batang rokok. Ini menurut sebuah kajian terbaru yang dilakukan di Malaysia," kata Pengarah Chest Research foundation, Sandeep Salvi seperti dikutip dari Times of India, Khamis (22/ 9/11).
Salvi menyedari kurangnya kesedaran tentang kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia. Tanpa menyudutkan faktor budaya penggunaan ubat nyamuk baker di Asia, Salvi mengatakan bahawa pencemaran udara dalam bilik juga berisiko terhadap kesihatan.
"Di samping pencemaran kenderaan yang merupakan perhatian utama bagi alam sekitar. Peningkatan kes gangguan genetik juga mempunyai banyak hubungannya dengan pencemaran udara," kata Sanjeev Bagai, pegawai Rumah Sakit Batra.
12 Akibat jika tidak cukup tidur
Seseorang yang sering mengabaikan waktu tidurnya dimana masa tidur yang diambilnya terlalu sedikit daripada yang sepatutnya akan mengakibatkan banyak masaalah kesihatan pada diri seseorang itu, antaranya..
1. Sistem imun lemah: Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
2. Kencing manis: Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
3. Kegemukan: Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
4. Susut berat badan: Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
5. Kanser Payudara: Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
6. Stres: Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
7. Cepat Tua: Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, golongan akan lebih cepat kelihatan tua.
8. Murung dan enggan bergaul: Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
9. Letih: Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih.
10.Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
11. Usia menjadi singkat: Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.
12. 70% risiko mati muda: Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna.
Sumber | malaysiatopbloggers.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)