Wednesday, 6 March 2013

Pegawai kesihatan datang!!!cepat 'check' rumah!!

Baru-baru ini Pegawai Kesihatan datang ke setiap rumah di kampung saya..kelam kabut pergi curah air bertakung. takut pula kena saman sebab biak nyamuk aedes. tapi macam bersalah pula sebab tak takut kalau-kalau nyamuk aedes betul-betul da terbiak. oleh itu saya terpanggil untuk membuat post ini. Adik ipar saya pun cakap dia baru saja belajar pasal nyamuk aedes tahun lepas dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan.


Nyamuk Aedes, Tanda-Tanda, Cara Pencegahan Dan Cara Mengatasi

Jom cari tahu apa Aedes tu sebenarnya.. kalau terang panjang lebar kat sini Aedes tu, nanti ada yang mengantuk pula ^_^.. jadi di bawah tersedia point-point penting pasal Aedes, dari pengenalan, cara pencegahan sampailah cara mengatasi. Selamat membaca..:)










Apakah Itu Aedes :
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak menyenangkan",kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.

Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tabiat nyamuk Aedes :
- Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya.
- Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja.
- Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah.

Tempat pembiakan nyamuk Aedes :
- Dalam Rumah
- Akuarium
- Perangkap semut
- Pasu Bunga
- Timba
- Tempayan
- Kolam (kolah) mandi
- Tempat air peti sejuk
- Luar Rumah
- Tayar buruk
- Tempurung kelapa
- Botol/gelas pecah yang mengandungi air
- Salur air hujan
- Pokok Pisang
- Pokok Keladi
- Longkang yang tersekat
- Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk Aedes :
- Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
- Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
- Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.
- Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.
- Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.
- Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Tanda-Tanda Demam Denggi :
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. 

Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Cara Mengatasi Demam Denggi :
- Minumlah air putih minimal 20 gelas berukuran sedang setiap hari (lebih banyak lebih baik).
- Cubalah menurunkan panas badan dengan minum obat penurun panas.
- Beberapa teman dan dokter menyarankan untuk minum minuman ion tambahan (tapi banyak juga yang tidak menganjurkannya).
- Minuman lain yang disarankan: Jus jambu merah untuk meningkatkan trombosit (ada juga yang menyarankan: daun angkak, daun jambu, dan sebagainya).
- Makanlah makanan yang bergizi dan usahakan makan dalam kuantitas yang banyak (meskipun biasanya minat makan akan menurun drastis).

 Sumber :

Pertolongan cemas

Pertolongan cemas adalah salah satu tajuk yang diajar di dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan KSSR. Diharapkan info di bawah dapat membantu.Video di bawah adalah berkenaan prosedur cpr.


Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum


Objektif

  • Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
  • Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
  • Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
  • Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.

Asap bagi satu lingkaran ubat nyamuk menyamai 100 batang rokok !



Sekeping Obat Nyamuk Setara 100 Batang Rokok

Asap hasil pembakaran satu keping ubat nyamuk bakar ternyata setara dengan 100 batang rokok! Ini tentunya akan menimbulkan bahaya serius bagi yang menghirupnya, terutama anak-anak.

"Tidak banyak orang yang tahu tentang hal ini, tetapi kerosakan terhadap paru-paru akibat satu keping ubat nyamuk baker sama dengan satu kumparan nyamuk sama dengan kerosakan akibat 100 batang rokok. Ini menurut sebuah kajian terbaru yang dilakukan di Malaysia," kata Pengarah Chest Research foundation, Sandeep Salvi seperti dikutip dari Times of India, Khamis (22/ 9/11).


Salvi menyedari kurangnya kesedaran tentang kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia. Tanpa menyudutkan faktor budaya penggunaan ubat nyamuk baker di Asia, Salvi mengatakan bahawa pencemaran udara dalam bilik juga berisiko terhadap kesihatan.


"Di samping pencemaran kenderaan yang merupakan perhatian utama bagi alam sekitar. Peningkatan kes gangguan genetik juga mempunyai banyak hubungannya dengan pencemaran udara," kata Sanjeev Bagai, pegawai Rumah Sakit Batra.





12 Akibat jika tidak cukup tidur




Seseorang yang sering mengabaikan waktu tidurnya dimana masa tidur yang diambilnya terlalu sedikit daripada yang sepatutnya akan mengakibatkan banyak masaalah kesihatan pada diri seseorang itu, antaranya..

1. Sistem imun lemah: Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
2. Kencing manis: Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
3. Kegemukan: Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
4. Susut berat badan: Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
5. Kanser Payudara: Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
6. Stres: Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
7. Cepat Tua: Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, golongan akan lebih cepat kelihatan tua.
8. Murung dan enggan bergaul: Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
9. Letih: Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih.
10.Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
11. Usia menjadi singkat: Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.
12. 70% risiko mati muda: Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna. 
Sumber | malaysiatopbloggers.blogspot.com

Tuesday, 5 March 2013

Mandi malam..Bahaya atau tidak?


Baca penjelasan di bawah mengenai kes mandi malam.  
Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.


Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.


Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??

Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.    

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.    
Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? “.. 
Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya “. Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa! “. Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu.    
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. 

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus epal atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. 

Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. 

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.


Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

    

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. 

Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom “kalah sejuk” iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.    

Dengan ini dirumuskan bahawa:-

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru