Monday, 25 February 2013

keselamatan kanak-kanak dalam kereta

Di bawah adalah beberapa tip keselamatan yang boleh diamalkan untuk keselamatan anak-anak anda di dalam kenderaan yang kita semua perlu ambil tahu..sayangilah nyawa anak-anak kita.selamat membaca...

  • Tempat duduk kanak-kanak dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan daripada meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ianya amat merbahaya jika berlaku kemalangan.
  • Sesetengah kereta mempunyai beg udara yang boleh mencederakan kanak-kanak atau orang dewasa yang kurang ketinggian normal apabila ia menggelembung.
  • Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa dikunci dengan kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak-kanak. Gunakan tempat duduk yang sesuai dengan usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dengan kemas dan sempurna. Ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka.
  • Walaupun kanak-kanak berusia di antara empat hingga dua belas tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Jika tidak, anda boleh memasangnya.
  • Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh duduk di tempat duduk hadapan tetapi pastikan mereka memakai tali pinggang keledar dengan sempurna sekalipun untuk perjalanan yang dekat atau pun jauh.
  • Tali pinggang keledar hendaklah dipakai seketat mungkin. Tali pinggang keledar hendaklah dipakai di paras pelvis bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya di leher dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu mereka dari tali pinggang keledar.
  • Kanak-kanak biasanya akan menjadi tidak tenteram apabila memakai tali pinggang keledar. Mereka akan merengek atau meragam minta dilepaskan dari ikatan. Jangan sekali-kali mengalah dengan mereka kerana semuanya adalah untuk keselamatan mereka. Dan jangan sekali-kali meriba bayi atau kanak-kanak walaupun untuk perjalanan yang dekat.
  • Kanak-kanak juga tidak boleh ditinggalkan sendirian di dalam kereta kerana ini boleh mengakibatkan mereka lemas berpunca daripada suhu dalam kereta yang boleh meningkat dengan mendadak. Ini juga amat penting kerana kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sering menjadi mangsa penculikan.
Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda. Pastikan mereka sentiasa selamat di jalan raya.

Info dari : http://www.itis.com.my

kesan gula-gula terhadap kanak-kanak


Makanan manis sememangnya syurga bagi kanak-kanak. Asal nampak je mesti minta. Kalau pergi kenduri, memang tak larat nak sorok gula-gula yang dapat as a gift tu.


Sebelum cerita lebih-lebih kita kena paham apa itu gula. Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.


Gula ni terdapat dua jenis.Pertama ialah gula semulajadi (natural sugar) yang diperoleh daripadabuah-buahan, sayur-sayuran dan juga madu.


Kedua ialah gula tambahan (added sugar) iaitu gula yang ditambah ke dalam makanan atau minuman sama ada semasa diproses, dimasak atau kita masukkan terus ke dalam makanan. Gula tambahan ni juga berasal daripada sumber semulajadi sama ada daripada sumber tumbuhan atau haiwan.


Kalau dalam makanan yang diproses oleh kilang – gula tambahan yang paling common dikenali sebagaiSucrose, Corn Syrups Solids dan Glucose Syrups Solids.

Macam mana nak tahu jumlah kandungan gula tambahan dalam makanan yang kita beli?Anda boleh check dekat label produk. Jika tiada yang disenaraikan di atas, ia juga mungkin dimasukkan dalam jumlah karbohidrat (level of carbohydrate). Lagi tinggi jumlah karbohidrat ni maknanya lagi tinggilah tahap gula yang ditambah dalam makanan tersebut.

Anak kita memang perlukan karbohidrat ni sebagai sumber tenaga. Bagi kanak-kanak atas 2 tahun, diet pemakanan seimbang harus merangkumi dalam 50% ke 60% kalori yang diperolehi daripada karbohidrat. Tetapi, sebagai Ibu Bapa kita haruslah pastikan karbohidrat ini daripada sumber yang sihat dan hadkan gula tambahan dalam diet mereka.

Kenapa kita kena hadkan pengambilan gula tambahan untuk anak kita? Gula tambahan yang berlebihan boleh menyebabkan banyak kesan buruk. Antaranya ialah:

  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
  • Masalah kelakuan – panas baran dan hilang daya tumpuan.
  • Kencing manis (diabetis).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Sakit jantung dan juga stroke.

Kesan-kesan ni bukan pada kanak-kanak je tau. Orang tua pun sama je. Tapi yelah, gula ni kan penyedap makanan. Jangan kata kanak-kanak suka, orang tua lagi la suka. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2003, orang dewasa di Malaysia mengambil gula yang melebihi cadangan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Panduan Diet Malaysia. Disebabkan itu, MOH telah melancarkan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010.


Kempen ni mengharapkan kita mengurangkan pengambilan gula. Contohnya pengendali makanan diminta supaya menyediakan makanan dan minuman yang kurang gula kepada pelanggan. Tapi kena faham ye, kurangkan gula bukannya tak ambil gula langsung. Kita masih perlukan gula untuk bagi tenaga pada kita. 

Ibu pun kena kurangkan gula la. Suka sangat makan kek dan coklat. Kena kurangkanlah lepas ni. Nak pupuk kat anak, Ibu Bapa kena la buat dulu. Tak gitu? Contohnya kalau dulu beli chipsmore biasa, sekarang kena la beli chipsmore less sugar. 

Dah tau apa itu gula dan kesan pada anak kita. Mari kita tengok macam mana nak elak pengambilan gula tambahan berlebihan untuk anak kita? Ini tips yang Ibu dapat daripada Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010. 
  • Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
  • Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  • Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
  • Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.
  • Pilih produk makanan dan minuman tanpa gula tambahan (free added sugar)
Selain tips di atas, ada beberapa tips yang Ibu nak share bagi mengelakkan anak anda jadi seorang yangsweet tooth – suka benda-benda manis.

  • Bersederhana. Kalau kita tak bagi kat anak, lagilah die nak kan. Bila pergi nursery atau pergi mana-mana jumpa gula-gula, terus nak makan banyak-banyak. So apa yang kita boleh buat ialah bersederhana. Bagi sedikit sahaja pada waktu-waktu tertentu. Contohnya, dalam sehari, Ammar boleh minta satu makanan manis sahaja – kitkat (belah dua) atau coklat kecik satu (selalu Ibu beli satu kotak yang coklat kecik-kecik jenama Cadbury tu). Kalau die tak ingat atau tak minta, memang tak bagi. Kalau dah makan satu, maka kalau die minta lagi – Ibu cakap esok pula, sebab dah makan. Nota: Oh ya – makanan-makanan ni kena sembunyi ya. Kalau kena yang dah pandai buka peti ais tu memang susah.
  • Hari istimewa. Adakan hari istimewa untuk makan desert macam ais krim atau kek. Buat dalam 1-2 kali sahaja seminggu. Jadi mereka akan tertunggu-tunggu dan menikmati apa yang mereka dapat. Macam Ammar, Ibu tak beli kek atau ais krim di rumah. Jadi hujung minggu pergi Giant, Ayah akan beli sepotong kek Secret Recipe dan kami share 3 orang. Kalau hari lain Ammar minta (bila nampak kat kedai atau tv) – Ibu cakap tunggu pergi Giant k. So die paham dan tunggu.
  • Bagi alasan munasabah. Kanak-kanak sekarang dah pandai. So bila diorang minta bagi alasan yang diorang boleh terima. Kita kena terangkan mana yang baik dan buruk. Macam coklat, walaupun ada dalam peti ais, Ammar jarang makan sebab Ibu bagitahu makan coklat selalu nanti batuk. Kalau batuk tak dapat makan kek di Giant. So Ammar pun faham.
Tapi, di zaman sekarang ni, bukan senang nak kawal pengambilan gula. Apa yang kita boleh buat as parents ialah cuba kawal dan pantau pemakanan anak kita sementara masih kecil. Pupuk tabiat pemakanan yang baik. Bukan senang – especially yang picky eater – tapi kita cuba yang terbaik. Tak gitu?

Wednesday, 20 February 2013

pemakanan seimbang untuk ibu mengandung


ibu mengandung perlu menjaga kesihatan diri dan kandungan dengan pemakanan yang sihat dan seimbang...tetapi berapa ramai yang tahu dan ambil peduli??mari sama-sama kita baca dan ambil tahu..walaupun bukan untuk diri sendiri..mungkin ilmu ini boleh membantu orang lain..:)
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


    ·    Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.

    ·  Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Piramid makanan
Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Sumber: comelnya.com